NYIORA – pemangkin kesihatan alaf baru
Nyiora adalah minyak kelapa dara istimewa yang sedang mendapat, menjadi minyak menakjubkan secara semulajadi yang berkhasiat tinngi. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi.
Sekiranya anda ditanya apakah minyak sayuan yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan, apakah jawapan anda? Dan jikaditanya lagi apakah minyak yang boleh melindungi badan anda dari sakit jantung, menstabilkan proses metabolisma, mengurangkan berat badan, melindungi dari kanser dan penyakit berjangkit, apa jawapan anda? Adakah ia minyak zaiton? Atau minyak matahari? Atau minyak jagung? Jawapannya tidak kepada ketiga-tiga pilihan tersebut. Apakah ada minyak yang mempunyai keupayaan itu. Dan sekiranya kami memberitahu minyak itu adalah minyak kelapa dara, apakah anda akan terkejut? Kebanyakan orang pasti akan menjawab ya.
Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan sejak temurun.
Sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia seharian hingga dipanggil pohon kehidupan (tree of life). Sungguh pun demikian satu bahagian pohon kelapa telah dipinggirkan kerana dikhuatiri mudharat untuk kesihatan manusia. Itulah minyak kelapa.
Tapi kini telah lahir kelapa dara yang diproses secara bioteknologi tanpa menggunakan haba dan bahan kimia demi untuk mengekalkan struktur asal bahan bioaktif dalaman yang sangat berkhasiat. Ia adalah bermutu tinggi, asli dan jernih mengekalkan rasa dan aroma semulajadi kelapa sert kandungan vitamanE. Berbeza dengan minyak kelapa biasa yang diproses dari isi kelap (copra) yang dimasak menggunakan suhu yang tinggi dan melalui proses penulinan, penyahan warna dan penyahan bau sebelum dijual. Ia berwarna sedikit kekuningan, tanpa rasa an hilang kandungan vitamin asli.
Minyak yang suatu ketika dulu telah disalah anggap sebagai berbahaya untuk jantung sebab kandungan lemak tepunya (saturated fat), kini ia terkenal mempunyai lemak tepu yang unik, tidak mengandungi kolestrol serta mambantu melindungi jantung dan menguatkan pembuluh darah serta berbagai khasiat yang lain.
Kebanyakan orang tidak prihatin bahawa teedapat beberapa jenis lemak tepu, seperti mana juga terdapat berbagai jenis lemak politaktepu (polyunsaturated fat). Setiap jenis mempunyai kesan berbeza terhadap badan manusia. Lemak tepu yang ada dalam minyak kelapa dara adalah berbeza dengan apa yang terkandung dalam dalam daging dan lemak sayuran yang lain. Ia menyamai satu kumpulan lemak yang terkandung dalam susu ibu yang dinamakan asid lemak rantaian sederhana (medium chain fatty acids – MCFA). Asid lemak ini telah terbukti merangsang metabolisma badan, meningkatkan daya kumuhan, menguatkan sistem pertahan badan (pengimunan) dan melindungi jantung dan pembuluh darah.
Nyiora adalah 100% minyak kelapa dara yang diadun mas cotek, tanpa mengurangkan khasiat minyak kelapa dara. Ia sebagai minyak orgaik yang mempunyai berbagai fungsi bagi kesihatan dalaman dan luaran.
Boleh digunakan dengan pelbagai cara:
Hirup – Sebagai makanan tambahan, ambil 2-4 sudu besar Nyiora setiap hari untuk tenaga tambahan serta melinduni dan merawat penyakit. Boleh dicampur dengan air suam atau panas.
Masak – Untuk keperluan memasak dan mengadun roti dan pasti.Nyiora adala gantian kepada mentega dan minyak sayuran yang lai.
Sapu – Nyiora adalah berkesan untuk urutan badan seta melembutkan da melicinkan kulit dan rambut. Ia juga membantu melembabkan kulit yang kering dan mencegah jangkitan kulat.